Thursday, March 13, 2008

Pertama dari saya








salam kepada semua...

Syukur Alhamdulillah kerana tercapai juga hajat untuk memiliki satu blog untuk berkongsi ilmu atau pendapat disamping berdahwah melalui pena, walaupun ilmu di dada tidak sehebat ulama atau ustaz2 yang telah banyak menaburkan jasanya kepada ummat namun apa yang ada ini perlu di terjemah kan, bertepatan dengan hadis nabi sampaikan lah dari ku walaupun satu ayat.
Semasa saya menghadiri kursus solat di UIAM bersama ustaz zaharuddin,mungkin semua telah mengenali pendakwah akademik ini dalam menterjemahkan ilmu yang dimiliki beliau telah bercerita, saat kita dihitungkan amalan di mahsyar di hadapan Allah tiap dari kita akan mengikut gilirin masing2, cuba bayangkan sejak dari nabi Adam hingga ke manusia terakhir yang di cipta Allah berapa ramai manusia yang berkumpul dan menanti saat gilirin masing2, hanya rahmat Allah yang boleh selamat kan tiap dari kita berdasarkan amalan masing2. Banyak pendapat tentang jumlah sahabat nabi, yang saya ketahui 70 000 orang,. Itu baru sahabat belum di kira tabi'en, ulama2 dahulu,imam2 mazhab,pengikut nya yang alim lagi zuhud dalam kehidupan, agak2 kita giliran ke berapa dan berapa lama harus kita tunggu??
Dari situ timbul kesedaran dan keinginan agar ilmu yang ada di kongsi dan di amalkn bersama agar dapat lah kita sama mendapat manafaatnya bersama di samping perkongsian ilmu InsyaAllah...

No comments: